Kurangkan bau buahan

Buah-buahan seperti durian dan cempedak memang kuat dan kekadang kurang menyenangkan.  Untuk mengurangkan bau tersebut cuba petua ini.
Letakkan buah-buahan tu dalam sebuah kotak dan beberapa ketul arang dicelah buah-buahan tersebut.  InsyaAllah bauan tu semua akan berkurangan

Hasnira Fauzi
Majalah (tak ingat)

Mewangikan ikan kukus

Ikan kukus memang enak dimakan tapi seringkali ikan yang dihidangkan akan berbau sedikit hanyir kerana tidak kena gayanya  atau mungkin kita tidak mencuci dengan sebaiknya.  Namun sini ada stu cara untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak dimakan.

Mula-mula perap ikan dengan perahan air limau nipis selama satu jam.  Racikkan halia dan disumbat pada bahagian insang ikan sebelum dikukus.  Dan letakkan bahan-bahan yang lain seperti biasa dan dikukus.  InsyaAllah kita akan dapat menikmati ikan kukus dengan penuh nikmat.

Elakan tauhu melekat ketika mengoreng

Pernah tak kita bila mengoreng tauhu didalam kuali, kita rasa stress sebab melekat? Sebelum mengoreng tauhu, sapu garam dan kunyit disemua bahagian tauhu dan goreng, InsyaAllah tauhu tu tak akan melekat lagi

Daging ayam sentiasa segar

Balik dari pasar kita jangan terlalu lama disimpan dalam plastik kerana ini boleh membuatkan daging ayam berbau busuk.  Bila telah siap dicuci, perap ayam dengan tepung gandum seketika dan selepas itu kita mencucinya semual dengan air bersih.  Barulah simpan dalam bekas didalam peti ais

Menjernihkan minyak masak

Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya.  Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi didalam minyak tadi lepas tu akan nampak minyak tersebut menjadi jernih semula.